Saturday, January 8, 2011

1.1.11

Hi, salam..

Kepada yang follow Blog Mila, maaf dah lama tak update blog.. sibuk sikit

Mila dalam proses nak melancarkan Album ke 2 Mila 'Mila Jirin'

Perlancaran Album itu akan di adakan pada 27 jan 2011 bertempat di Matic KL

Ok lah, kalau nak tau lebih lanjut tentang Album dan Majlis Perlancaran layari www.milajirinmusic.webs.com

Mila sebenarnya nak masukkan gambar sekitar Persembahan Mila di Melaka





Thursday, December 30, 2010

The New Year Is Coming

HAPPY NEW YEAR 2011
Are you excited about the new year coming up?  Did you make any plans for the New Years' Eve?  How are you going to spend the New Year Eve that night on December 31, 2010


Before we end the years of 2010, apa kata kita renungkan perjalanan kita sepanjang 2010.. perbaiki segala kelemahan dan setiap kejayaan 2010 jadikan satu kenangan indah supaya menjadi pemangkin untuk kita lebih berjaya pada 2011.


Kepada semua yang banyak membantu kejaya MILA sebelum ini sehingga  2010, jutaan terima kasih MILA pada anda semua.. agar kalian semua akan terus berjaya dan 2011 akan menjadi lebih bermakna..


kepada yang gagal pada 2010, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk anda gagal pada 2011.. terus kan usaha kerana hidup kita bagai roda, kadang kita jatuh kebawah kadang kita naik ke atas..


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.. dengan AZAM dan SEMANGAT BARU.. MOGA 2011 Membawa lebih kejayaan kepada Kita bersama..


NEVER GIVE UP!!!


Regards,
MILA JIRIN



Friday, December 24, 2010

Sekitar Show Mila Di MATIC

Hi semua, ni gambar Sekitar Show Mila di Matic tempoh hari bagi mempromosikan Malaysia :) di showcase Rhythm Night

jom tengok gambar gambar sekiatar program :)









Thursday, December 23, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME :)

HI SEMUA..

Rasa nya dah lama betul Mila tak masuk blog..

sangat sibuk heheh..

ok lah, Mila nak share dengan semua pembaca blog Mila.
Mila dan 23 tahun hahaha... getting old :(

Sambutan Birthday Mila tahun ni di buat di Sunway..
Walaupun secara kecil kecilan tapi Mila happy.. coz semua insan insan penting dalam hidup Mila datang :)

nanti Mila upload gambar sekitar sambutan Hari jadi Mila ok..

salam sayang,
Mila Jirin

Friday, April 16, 2010

Sama sama MEMBANTU mengurangi masalah PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global adalah adanya proses peningkatan suhu rata-rata atmosfer, laut, dan daratan Bumi.
Kalau anda semua perasan, sekarang ini kita dapat lihat bahawa suhu negara kita juga berubah kan?

Beberapa hari atau mungkin beberapa bulan ini. Anda semua pasti merasakan perubahan cuaca yang cukup signifikan. Siang terasa sangat panas dan malam pun juga sangat panas. Yups.. ini adalah akibat dari pemasasan global. Dimana jumlah karbon di udara sudah mulai semakin bertambah banyak. Dan juga diakibatkan menipisnya lapisan ozon. Sehingga ais yang ada dikutub mencair. Padahal ais di kutup adalah sebagai penyeimbang bumi.

Dunia telah pun melancarkan kempen 60 minute eart hour dimana Semua tenaga elektrik dimatikan selama 1 jam, Walaupun perkara ini nampak sangat remeh tetapi tahukah anda, dengan mematikan 1 jam penggunaan elektrik kita sebenarnya membantu menyelamatkan buli kita dari isu pemanasan Global :)

Di kesempatan  kempen 60 minute earth hour yang dianjurkan pelbagai pihak,  Mila juga tidak melepas kan peluang untuk menyertainya.

Jutaan terima kasih buat Suria FM kerana menjemput Mila untuk sama sama menjayakan 60 minute earth hour di Ampang baru baru ini..

sekitar dimajlis 60 minute Earth Hour
Sebagai manusia Kita perlu peka dengan masalah pemanasan Global ini.. Mungkin kita sendiri dapat membantu menyelamatkan bumi kita dari terus panas.

Sebenarnya jika semua orang di dunia ini peka dan sama sama turut serta menjayakan kempen ini, kita dapat membantu kempen ini, contohnya kita boleh KURANGKAN penggunaan PLASTIK, KURANGKAN Membuang botol botol PLASTIK, Kurangkan penggunaan KERTAS, KURANGKAN penggunaan Elektrik, KURANGKAN penggunaan AIR..BERHENTI membuat PEMBAKARAN TERBUKA dan banyak lagi..

Harapan Mila semua akan mengambil berat tentang masalah Pemanasan Global ini.. Moga Kita dapat selamatkan dunia kita dari terus PANAS

Salam satu Malaysia
Mila Jirin

www.facebook.com/pages/milajirin

Steam Boat Sedapnya huhuuu

Salam satu Malaysia semua..
Apa kabar? Mila harap anda semua dalam keadaan sihat dan happy di samping keluarga..
Sewaktu Mila menulis Blog ni Mila di Pulau Pinang..

Ok k lah Mila tak tau sebenarnya nak tulis mengenai apa.. sebab hari ni.. Banyak perkara berlaku.. Kereta Mila rosak di Penang.. Tapi Mila bersyukur sangat kerana nasib baik lah kereta Mila meragam sewaktu kami semua dah sampai betul betul depan hoteh huhuuuhuhu.. Alhamdullilah syukur..

Sambil buka laptop ni, Mila tengok ada gambar gambar dalam folder di dalam laptop ni, so Mila saja lah nak share gambar gambar Mila.

Mila nak share mengenai Steam Boat.. huhuh, Mila sebenarnya dulu tak pandai makan steamboat steamboat ni, tapi lama lama belajar makan dan dah jadi favored Mila dan keluarga pulak.

Bila ada masa lapang Mila pasti bawa keluarga Mila menikmati Steamboat..
Makan steamboat mengajar kita bersabar dan berdikari.. so itu yang best tu.. yang tak best nya kalau kita makan Steamboat sewaktu lapar... huuuuhuhuhhu menangis perut ni dibuatnya hahah..

Makan Time yeaaa.. Bismillah :)
 
Apa apa pun makan bersama keluarga memang saat yang amat seronok.. Waktu ni lah kita dapat bersama sama dengan keluarga kita.. huhuuhu..

Tengok gambar ni teringin pulak nak makan steamboat huhuuu.. tapi Mila kat Penang Sekarang.. so makan nasi kandaq saja lah hehehe..

Salam semua..

Sampai jumpa lagi,
Mila Jirin

www.facebook.com/pages/milajirin