Friday, January 1, 2010

HAPPY NEW YER 2010!!!!



Assalamualaikum semua,
Apa kabar? MILA harap korang sumer sihat disamping keluarga tersayang... MILA alhamdullilah sihat bersama keluarga MILA. Cuma sekarang ni sibuk sikit mengemas rumah sebab MILA akan berpindah ke kawasan Puchong :) Yahoooo Rumah Baru,tahun baru dan AZAM BARU!!!

Bercerita tentang azam, Mila pasti semua orang mempunyai Azam yang tersendiri kan? Mungkin ada yang memasang azam baru untuk tahun 2010..tak kuranng jugak yang menyambung Azam tahun lepas..apa apa pun MILA doakan semua azam dan cita cita yang akan mendatang dirahmati oleh yang maha ESA dan tercapai..

Berbalik kepada AZAM MILA, hehehe... untuk tahun 2009 alhamdullillah dah tercapai Azam MILA untuk mengahadiahkan sebuah Mahligai untuk Ibu, Bapa serta Adik adik MILA. Alhamdullilah 3 tahun MILA mengharungi dunia Seni, dapat juga MILA menghadiahkan sebuag Rumah buat ibunda/ayahanda serta keluarga.. Syukur tak terhingga MILA kehadrat yang maha ESA.

Ok AZAM BARU untuk tahun 2010 apa ya???? heheheh kalau nak tulis banyak sangat hahahha... ok lah, diantara Azam MILA untuk tahun 2010 adalah MILA nak lebih fokus pada bidang Seni yang MILA ceburi.. nak memperbanyakkan lagu dan nak mencari sesuatu kelainan dalam bidang seni suara.. ermmm... tapi MILA masih memikirkan apa yang nak MILA lakukan sama ada nak tukar gendre Muzik MILA, cara penyampaian vokal dan cara pembawakan imej MILA sendiri... tu la, MILA masih mencari apa yang sesuai untuk dipersembahkan kepada semua peminat MILA. ye la dah hampir masuk ke tahun ke-4 MILA di dalam bidang seni suara, MILA sendiri inginkan satu kelainan yang mungkin dapat membantu menganjakkan kerjaya MILA sebagai Penyanyi..

Hurmmm...ok lah kot MILA bercerita tentang AZAM BARU.. MILA harap korang pun leh share dengan MILA serta sumer kat blog ni apa azam korang huhuh mana la tau kan, ada lak AZAM yang pelik pelik ka kan???

2009 dah pun melabuhkan tirainya... pelbagai kenangan pahit manis MILA bergelar anak seni.. segala yang manis akan MILA simpan..dan segala yang pahit MILA akan jadikan panduan dan pengajaran.. yer lah setiap kegagalan dan kesalahan kita adalah satu perlajaran yang sungguh bermakna buat diri kita.. pelajarang yang tak pernah memerlukan duit untuk berlajar..hanya sedikit kepahitan hahah..itulah yang MILA berlajar dalam kehidupan..

Sebelum jari jemari MILA ni berhenti menaip, MILA nak ucapkan  Jutaan terima kasih atas segala sokongan dan doa korang sumer pada MILA dan MILA sayang korang sume.. MILA harap kita sumer akan mulakan kehidupan baru 2010 dengan lebih berjaya dan gemilang. semoga tahun 2010 memberi kan kita lebih rezeki dan kerjayaan..

Salam Tahun Baru dan Salam 1 Malaysia!!!
MILA JIRIN

4 comments:

  1. Happy new year Mila.
    Walau ape pun azam 2010 tu,
    smuga tercapai dengan jayanya.
    All the best :)

    ReplyDelete
  2. tq ling.. eliza nnt jemput datang ke majlis perlancaran album di the curve pada 4th jan 2010 pukul 3 ptg :)

    tq

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Rezeki Sya dah bertambah,ingat pesan ayong dulu. Nak maju dlm bidang seni kena teruskan usaha dan capai impian utk masa depan janji rezeki yg kita dpt 2 HALAL & diberkati Allah. Kirim salam pd semua family Sya di sana. Hujung thn nnt tunggu undangan perkahwinan ayong ek. Take care sis. Wasalam.

    ReplyDelete