Friday, January 1, 2010

ALBUM KOMPILASI ERA HITS (EXCUSIVE FROM AESB)

Salam Korang semua!!!
Apa kabar korang hari ni sume?? MILA harap korang sumer sihat dan ceria di hari kedua di tahun 2010 ni..
MILA pasti masih ramai yang bercuti sekarang ni.. yer lah sambung cuti sambutan tahun baru lah katakan...
Apa apa pun, tang bercuti gunakan lah masa yang ada ni sebaik mungkin.. mungkin beriadah bersama keluarga korang ker kan?? apa juga aktiviti korang, yang utama nya adalah korang sumer jaga diri dan berhati hati selalu.. yer lah kita sumer taknak mulakan kehidupan di awal tahun ni dengan sesuatu yang tak best kan???

Ok lah sebenarnya posting kali ni MILA nak ceritakan tentang Album Kompilasi Era Hits terbitan AESB yang bakal di lancarkan pada minggu hadapan :). Album ini menampilkan semua barisan penyanyi dibawah naungan AESB.. Diantara Lagu lagu yang terdapat di dalam Album ini ialah Jika Kau Ubah Fikiran-MILA, Menggegar Dunia-Stacy/Adam, Menatap Matamu-Aril, Bengang-Akim,Masih Jelas-Hafiz,lagu baru Yazid dan Isma serta Llagu baru dari Kak Anita Sarawak.

Majilis perlancaran Album ini akan di adakan pada 4th Jan 2010 bertempat di The Curve pada jam 3 petang. Istimewa nya Majlis itu nanti, semua para peminat di jemput hadir untuk sama sama merasmikan Album Kompilasi tersebut disamping dapat bersama sama dengan Artis kesayang anda dari AESB.

Jadi kepada semua yang membaca posting ini, Sesapa yang nak berjumpa dengan MILA boleh lah datang beramai ramai ke The Curve pada 4th Januari 2010 pada jam 3 petang. Kedatangan anda amatlah dia alu alukan. semoga dengan keadatangan semua majlis akan bertambah happening!!!!

Salam,
Mila Jirin



2 comments: