Tuesday, February 23, 2010

DRAMA MUSICAL KAU DAN AKU DI ASTRO RIA

Kau dan Aku,
Dalam Cinta,
Bahagia Tiada Terkira,
Kau Dan Aku,
Sampai Nanti,
Sang Waktu Pun,
Takkan Memisahkan,
KAU DAN AKU!!!!!

Hai semua... MILA pasti mungkin ada diantara anda semua tau tentang kata kata di atas... apa lagi, itulah Lirik lagu tema Kau Dan Aku..

Kepada yang belum pernah menonton Drama bersiri 26 episod Kau Dan Aku ni, mari sini MILA ceritakan sedikit latar belakang Drama ini.

Sebelum MILA menceritakan tentang sinopsis Cerita Kau Dan Aku biar MILA beritahu nama para pelakon yang menjayakan KAU DAN AKU antaranya adalah MILA JIRIN(mila lah hehehe),Akim,Aril,Ika Nabella,Raja Farah,Anita Baharom,Puteri Fateen,Amar Anak Wayang,Zoey,Farish,Azizah Mahzan,Nurul,Sabrina,Rizman,Sherly Marlis dan ramai lagi..



Kau & Aku mengisahkan kehidupan suka duka sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula. Persahabatan Mila dan Akim memutikkan cinta remaja. Namun, segalanya tidak seindah yang disangka dek muncul watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati

Disebalik tabir pembikinan Drama ni memang sungguh mencabar. Bagi MILA sendiri pertama kali melibatkan diri dalam pembabitan dunia lakonan Drama memang amat susah sebenarnya berbanding bidang nyanyian. Tapi apa apa pun, MILA bersyukur kerana keluarga KAU DAN AKU bergitu mengambil berat yang tak terhingga di antara satu sama lain. Mana taknya, kami semua berkampung di kota Jakarta selama hampir 2 bulan lamanya dan kami dah macam adik beradik disana... huhuhuhu bila cerita balik jadi rindu sangat sangat suasana itu.. Bermula dengan Pertama hari semua sampai di airport masih malu malu diantara satu sama lain sehinggalah menjadi sebuah keluarga yang utuh.. terlalu akrab..memasak sama sama..makan sama sama dan yang paling penting bersahur dan buka puasa bersama adalah kenangan paling manis yang MILA lalui bersama anda semua keluarga Kau dan Aku..i LOVE U ALL kau dan aku familyyyyy!!!!missss uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :(







Tapi bila semua dah pulang ke KL dan melakukan kerja masing masing..kita semua dah tak lagi dapat berkumpul dan berjenaka bersama.. Biasalah MILA sendiri berkejar dng masa dan tugas sebagai anak seni dan MILA pasti semua dianatara kita juga merasakan yang sama iatu rindu korang!!!!


Tetapi yang paling penting kita semua akan bergabung semula untuk mini konsert kau dan aku pada 27 FEB 2010 di Plaza Alam Central dari jam 11 pagi sehingga 4 petang. Konsert Mini Musical kau dan aku ini juga akan diserikan dengan semua pelakon pelakon kau dan aku!! Jadi Keluarga Kau dan Aku will be back together again hahahha....

Pada semua yang membaca dan mengikuti blog ini jangan lupa datang beramai ramai ya..
Jumpa anda semua

Salam,
MILA JIRIN

1 comment: