Wednesday, March 24, 2010

MARI KITA KE LADANG!!

Mari kita ke ladang... hoi.. mari kita ke ladang... heheheh

Salam semua.. sebenarnya mila bukan nak ajak anda semua ke ladang.. tapi kalau ke ladang strwberi mila nak.. huuhu sebab strawberi sedap :)

Hari ni mila nak cerita mengenai kempen Jom Hijau kan Malaysia bersama dengan HSM3 Disney Chanel. Walaupun program ni dah lama berlalu. (penghujung 2009) tapi saja mila nak share dengan anda semua pembaca blog MilaJirin. Bukan apa.. mila buka file gambar gambar mila balik.. jadi mila rasa macam nak share dengan anda semua :)
Inilah wajah wajah selebriti yang menjayakan kempen Jom Hijaukan Malaysia.. Dafi..Marsha..Nana dan Mila... Kami semua bertolak dari pada Hilton Kl central pada jam 7 pagi.. huhuhuu jauh juga tempat yang nak kami tuju untuk program Jom Hijaukan Malaysia ini. Program ini diadakan di Paya Indah Wetland,selangor. Walaupun kena melaporkan diri seawal 7 pagi.. yang paling mengembirakan kami semua adalah bila melihat ramai adik adik dari pelbagai sekolah yang turut hadir memberikan sokongan untuk kempen Jom Hijau kan Malaysia.. Melihat semangat mereka Mila pun apa lagi SEMANGAT!!
Lihat lah betapa ramainya adik adik yang sungguh bersemangat untuk bercucuk tanam. Mila dan dafi pun semangat jugak tu.. Sebanarnya, waktu ni kami tengah tunggu masa untuk buat persembahan untuk menghiburkan tetamu yang hadir :)
Tibalah masanya untuk mila dan dafi membuat persembahan. Hari tu mila dan dafi menyanyikan lagu tema High school Musical 3.
Setelah selesai membuat persembahan. Semua selebriti telah di bahagi kan kepada beberapa kumpulan dan kami akan bersama sama adik adik yang menyertai kempen ini. kira macam ketua kumpulan lah..
Mila dan Nana dalam satu kumpulan. dan nasib baik kami dapat ahli ahli yang sangat proactive didalam kumpulan kami :)
So apa tunggu lagi.. semua pun ke ladang lah jawapnya.. mila ada beberapa gambar mila dan nana serta kumpulan kami semua tengah ke ladang dan bercucuk tanambersama sama..
Sepanjang Kami semua berada di Paya Indah Wetland memang happy sangat sebab semua nya berkerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar.. :) Beramai ramai menanam pokok pokok. Banyak juga anak anak pokok dapat di tanam pada pagi itu.walaupun mula nya hari mendung dan macam nak hujan, tapi nasib baik tak hujan... alhamdullilah :) semua nya dapat diselesaikan :)
Selesai mencucuk tanam.masa untuk ditemuramah oleh wakil media yang hadir pada hari itu.. Lepas temuramah selesai.. kami semua possing lah pulak hahahaha..
Its a RAP!!!huhuuuhu
Jom Hijaukan Malaysia adalah satu program yang tak dapat mila lupakan... Memang seronok sangat terutama dapat melihat telatah adik adik yang comel comel menanan anak pokok..

Moral of the story nya adalah... Kempen ini adalah satu kempen yang amat bermakna dan yang paling penting kempen ini memberi kan satu gambaran yang amat bagus buat kanak kanak tentang kepentingan untuk menjaga alam sekitar. terutama nya di negara kita. Inisiatif Disney Chanel mengadakan program ini memang mila sokong. yerlah... kalau melentur buluh biar dari rebungnya.. kalau nak menjaga alam sekitar kita perlu memberi pendedahan kepada kanak kanak juga.. :) jadi kepada semua yang membaca blog mila sama sama lah kita menjaga alam sekitar.Kalau anak anak kecil boleh memahami tentang pentingnya alam sekitar... apatah lagi kita? SELAMATKAN BUMI!! so... BERHENTI menghancurkan alam kita.. KURANGKAN penggunaan PLASTIK,KERTAS dan sayangi alam sekitar kita. KITA MAMPU MENGUBAHNYA!!

Salam,
MILAJIRIN

No comments:

Post a Comment