Tuesday, March 30, 2010

Sweet Memories!


Assalamualaikum... Apa kabar semua... Diharap semua dalam keadaan sihat sejahtera insya allah..

Sebenarnya hari ni mila nak kongsi gambar peribadi Mila semasa mila menyertai pertandingan di Varna Bulgaria pada tahun 2008. walaupun cerita ini dah bertahun lamanya hahahah.. masih segar dalam ingatan Mila.. :)
Untuk pertandingan itu Mila menyanyikan 2 lagu iaitu Ilham Di matamu dan Aku lebih tahu.. Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi kerana rezeki yang di berikan dalam pertandingan International Pop Festival 2008 :)
Satu kenangan yang tak dapat mila lupakan selamanya..

Mungkin ada yang dah tengok gambar gambar ni.. mungkin juga ada yang belum dapat melihat gambar gambar Mila sepanjang Mila di Varna Bulgaria..
Jadi enjoy :)
(setiap kali tengok gambar ni mila mesti teringat pengalaman dan rakan rakan yang mila jumpa di sana.. best tapi mila tak tahan duduk sana sebab SEJUK... arghhhhh tak tahan sejukkk... 


Di KLIA.. TQ Davom (FanClub MILA) hantar Mila sampai ke Air Port..
Memang mila bawa semangat anda semua sampai ke Bulgariaheheheh
Alhamdullilah Mila dah sampai ke Viena,Austria..
sangat teruja sebenarnya tapi still have 10 hours (transit)
 and then baru ambil flight ke Varna,Bulgaria..
Yeaaaaaaaaahhhh,
dah sampai pun di Varna Bulgaria..
Alhamdullilah
Sewaktu mila menanti waktu untuk
soundcheck and reheasal..nebesssss
Lepas soundcheck Mila pergi makan
dan shooting untuk wazzup MILA
Sebenarnya Mila nak tukar duit
tapi kedai ni tutu daaa :(
Ini lah krue yang sama sama turun padang..
sebelah Kiri Mila Kak Liza dan sebelah kanan Kak Rahila
Gerammmnyaaa tengok aiskrim yang sangat sedappp!!!
Inilah tempat yang Mila menyanyi
untuk pertandingan malam tu...
Opera House Varna Bulgaria
Keesokan harinya jalan jalan round Varna Bulgaria
Shooting Time.. :)
Relaxxxx Huhuhuhuuh
Ini adalah salah satu Media yang hadir dari
Varna Bulgaria untuk membuat liputan untuk
pertandingan malam tu
Mila di taman sekitar Varna...
Kawasan ni macam kat genting lah hehehehe
Eh macam mana Tower ni boleh ada disini...
bukan di PARIS ka??
Arghhhh kena tipu... bukan lahhhh...
this is not Paris ya.... still di Bulgaria :)hahaha
Banyak nya bunga ros..
for information Bulgaria memang
terkenal dengan bunga Ros
Memang satu kenangna yang amat indah mila lalui.. dapat berjalan jalan ke negara orang dan melihat budaya masyarakat luar.. tapi betul kata orang... walau dimana jua kita berada.. negara kita jua dihati.. heheheh...
Love Malaysia,
Mila Jirin

1 comment:

  1. bukan mudah nak mencipta nama di negara org..
    satu kejayaan buat mila dan negara...
    tahniah..wpon cite neh da lama..
    namun ianya tetap satu kenangan abadi yg indah kan..

    ReplyDelete